October 2013 | Miss Durian Runtuh

Oct 6, 2013

Hidup Baru

Assalamualaikum.
Ya Tuhan. Lama betol tak menaip kat sini. Betapa dah meninggalkan dunia blog Nazirah ni. Ye banyak perkara berlaku 2 tahun ni. Kawan-kawan rapat tahu lah kisah nya. Hihi. Menjauhkan diri, hati terluka, bangun kembali, mula hidup baru, berfikiran positif walaupun dalam hati masih ada penyesalan :-) Ye manusia. Susah nak bersyukur. Bila dah hilang baru tersentak. Baru tersedar.

Bukan senang kita nak berterus-terang lebih-lebih lagi dengan bukan family kita. Even kawan terbaik kita. Yang mampu aku cakap, aku buat salah & semua salah aku. Tapi lepas bercerita rasanya hati jadi lega. Terima kasih kawan-kawan yang masih nak berkawan. Korang tahu siapa yang aku maksudkan :') Bila ada masa, fikir balik, ye ada hikmah kita berkawan & jangan buat perangai buruk dengan orang. Sebab mungkin perkara baik akan datang balik pada kita pada masa yang tak dijangka, dan sebaliknya.

Mungkin ini semua peringatan dari Allah.

DIA sayangkan aku.

Cukup-cukup lah tu awak.

Bila aku buat silap, DIA tunjuk dan jauhkan dengan cara yang tak disangka. Dan kemudian berikan sesuatu yang tak disangka. Surprise sangat.

Sekarang hari-hari pergi kerja nak fikir positif, senyum, gembira. Tak mahu sesakkan otak dengan perkara yang memberatkan hati dan fikiran.

Redha atas apa yang berlaku.

Terima segala dugaan yang jadi.

Dan bersyukur dengan apa yang kita dapat.


kredit gambar : dirikudrcinta

*Ehem awak,bila nak edit blog ni awak.