June 2010 | Miss Durian Runtuh

Jun 15, 2010

Imam Muda

Salam. Korang ada tengok rancangan Imam Muda di Astro Oasis 106? Wah, Nazirah memang kagum betul la dengan Imam Muda tu. Rancangan yg bersih & bagus untuk tontonan seisi keluarga. Dan semua calon-calon Imam Muda pulak memg layak masuk program ni sebab mereka ni memang pandai bercakap & percakapan mereka berilmu. Mereka ni setiap minggu akan diberi tugasan di mana ada praktikal & ujian teori. 50% amali/praktikal & 50% ujian teori. Ujian teori ni macam kite amik exam bertulis la. Dan praktikal ni, mereka kene la buat tugasan itu samada dalam kumpulan @ seorang. Dalam Imam Muda, saye suke Asyraf & Hizbur & Taufek. Mereka macam seorang ayah & ustaz..Suke!
Mari berkenalan dengan calon Imam Muda;

NAMA PENUH: MOHD TAUFEK BIN MOHD NOH
ASAL: Mersing, Johor
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 14 Julai 1983
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Perunding Motivasi
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam),Universiti Teknologi Malaysia

NAMA PENUH: AHMAD SYAKIR BIN ZAMRI
ASAL: Machang, Kelantan
UMUR: 19 Tahun
TARIKH LAHIR: 10 November 1991
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Pelajar
PENDIDIKAN TERTINGGI: STPM,SMK (A) Wataniah, Machang, Kelantan
NAMA PENUH: NURI ALI BIN ARBA'IN
ASAL: Karak, Pahang
UMUR: 25 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Oktober 1985
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Penternak
PENDIDIKAN TERTINGGI: Diploma Kejuruteraan
Teknologi Komputer,Pusat Kemahiran Pembangunan
Kemahiran Pahang
NAMA PENUH: HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI
ASAL: Baling, Kedah
UMUR: 27 Tahun
TARIKH LAHIR: 01 April 1983
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Guru Tahfiz
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir),Universiti Al-Azhar Mesir
NAMA PENUH: MUHAMMAD KHAIRUL AZHAR BIN GHAZALI
ASAL: Padang Serai,Kedah
UMUR: 21 TAHUN
TARIKH LAHIR: 12 September 1989
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Mahasiswa
PENDIDIKAN TERTINGGI: Pengajian Islam Zawiyah
(Pondok)(Sedang Belajar),Madrasah Zuhdiah Parit
Panjang, Baling, Kedah
NAMA PENUH: AHMAD HAZRAN BIN AHMAD KAMAL
ASAL: Mantin, Negeri Sembilan
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 28 November 1984
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Pegawai Bank Islam, Bahagian Jabatan Syariah Bukit Damansara, Kl
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Al-Quran
Wa Qiraat, Universiti Al-Azhar Mesir
NAMA PENUH: AMIRIL BIN MD BANIN
ASAL: Kuala Lumpur
UMUR: 25 Tahun
TARIKH LAHIR: 21 Februari 1985
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Guru Fardhu Ain
PENDIDIKAN TERTINGGI: Robi Thanawi (Sijil Menengah
Agama), Sekolah Menengah Agama Al-Falah , Parit Tok Ngah, Perak
NAMA PENUH: NIK MUHAMMAD ADIB BIN MD AMIN
ASAL: Kota Baharu, Kelantan
UMUR: 22 Tahun
TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1988
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Usahawan
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Usuluddin,
Universiti Muta'ah, Jordan
NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya
NAMA PENUH: SHARAFUDDIN BIN SUAUT
ASAL: Miri, Sarawak
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 01 Julai 1984
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Graduan UKM
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia
**********************
Rancangan Imam Muda
Setiap hari Jumaat
9:00 malam di Astro Oasis 106 & Astro Prima 105;
Mari la kite menyokong Imam Muda!!!
Laman Web Imam Muda
Facebook Imam Muda
Twitter Imam Muda

Jun 13, 2010

Abah Demam Denggi

Salam.Sekarang Nazirah sudah pulang ke rumah!!!Happy sgt sebab sudah 3bulan lebih tak balik Ipoh.Tapi balik2 je Ipoh, abah kite demam.Hampir seminggu, dan pernah masuk hospital selama 5 jam.Tapi doktor suruh balik, tapi demam tak jugak kebah. So, hari Selasa baru ni, abah pergi balik hospital dan disahkan demam denggi.Masuk hari ni, sudah 6 hari dok hospital. 3 hari wad ICU, 3 hari wad biasa. Ditambah pulak dengan darah tinggi & kencing manis.Kalo tgk abah, rase sebak hati, sebab abah pon umur 64 tahun.Cepat penat & sakit2 badan angkare nyamuk. Tapi semalam tengok abah, Alhamdullillah, suara pon dah kuat & lalu makan. Berat badan abah pon turun 7kg, jeles I. Rase geram sangat dengan sekor nyamuk, abis satu kampung. Sekarang jiran sebelah rumah pon masuk hospital,demam denggi. Dan kami di beritahu oleh Pegawai Kesihatan, 4 5 org Batu 5 disahkan kene demam denggi. Sekarang rase geram dok rumah, sebab banyak nyamuk!!

Antara punca-punca demam denggi ini ialah ;
-longkang-longkang di sekitar taman yang dipenuhi sampah, timbunan tanah dan rumput-rumput yang telah tumbuh. Ini menyebabkan ada air yang bertakung dan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Memang kawan perumahan kami ni longkang tak jalan pon.
-Sikap pengotor segelintir penduduk yang mengabaikan aspek kebersihan, termasuk membiarkan air bertakung sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ni pulak kes rumah terbiar sebelah rumah kami. Takde org duduk, so, memg hutan habis la.
p/s: Korang jaga la rumah korang.